Saturday, April 9, 2011


Aku hairan mengapa manusia diciptakan? sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui kenapa mereka dijadikan. Adakah manusia diciptakan semata-mata untuk melakukan perkara seharian yang sama? aku tidak hairan maksiat berleluasa pada hari ini pembuangan bayi, pergaulan bebas dan hubungan sejenis juga mendapat tempat dikalangan mereka. Tidakkah mereka terlintas untuk membuka mata bahawa KITA pernah berjaya pada satu ketika dahulu, manusia berperanan menunjukkan potensi mereka masing-masing. Andai terdapat seorang yang cuba menindas terdapat seribu orang yang ingin benteras segala masalah yang dihadapi. Dalam satu kisah terdapat seorang wanita muslim di Cordova(SPAIN) pada satu ketika UMMAT ISLAM yang memerintah negara tersebut, beliau telah pergi ke Eropah untuk menjalankan satu urusan perniagaan, pada satu hari beliau telah dirogol. Seorang saksi telah mengutus surat "..wahai Khalifah Islam yang aku sanjungi, tidakkah kau mengambil berat kebajikan ummat kau, di negara aku ini terdapat seorang ummat kau yang telah dirogol oleh sifulan ini" sejurus membaca surat tersebut Khalifah Islam tersebut telah mengambil langkah pantas dengan memanggil seluruh general untuk membawa tentera islam ke sana. RIJAL muslimin(tentera muslimin) yang pertama sampai dan menyelesaikan urusan tersebut lalu mengarah untuk berpatah balik, lelaki yang terakhir dalam angkatan tentera islam tersebut baru ingin keluar dari baghdad. Maka apakah yang dapat kita ambil di sini adalah siapakah diantara kalian yang akan menjadi khalifatul mukminin yang akan memakmurkan bumi Allah ini. Jangan kita mendagu tangan dan menunding jari apabila saudara kita di PALESTIN ditindas dan dilayan lebih hina dari binatang. siapakah yang sanggup memberi jawapan kepada Allah di akhirat kelak apabila ditanya kepada kita tentang saudara semuslim kita yang ditindas pada hari ini, dan mengapa kamu tidak membantu?jawapan perlu disegerakan kerana kiamat bukan bertahun-tahun lamanya tapi Allah yang pemberi soalan tersebut yang menetapkan. Maka BUKA MATA BUKA HATI , TEPUK DADA TANYA IMAN KENAPA KITA HIDUP DI DUNIA? .jzk.

Monday, April 4, 2011

Puasa Sunat isnin dan khamis




Disunatkan juga berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada kedua-dua hari yang tersebut.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

54- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)

54- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)

(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)


Menurut Imam Nawawi, rahimahullah: Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan tidak menyebutkan tentang puasa. (2)

Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.

__________________________


1. Tuhfat al-Ahwazi (3:450).

2. Riyad al-Salihin (hlm. 454).



Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


55- عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ قَالَ ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ. (رواه مسلم)


55- Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.

Baginda menjawab: "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur'an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.



Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut "Hari Maulid al-Rasul" dan "Malam Nuzul al-Qur'an" dengan penuh kesyukuran.

semoga semua ikhwah wa akhowat dapat memberikan segala keperihatinan dalam menekankan ibadah yang sangat perlu sebagai seorang daie' yang sentiasa terdedah dengan pelbagai ujian yang termaktub kepada kita yang sentiasa bemuhasabah.jzk