Tuesday, March 29, 2011

Bila kita rasa kita telah tidak mampu...fikirkan ini....


Sahabat dan tabiin mengajarkan kepada kita:

Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerita, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (sekarang ibu negara Syria) sedang berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata, "Pakcik tak payahlah ikut, pakcik dah tua." Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata," Wahai anak muda, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat. Jika muda itu ringan maka tua inlah berat!"
Said bin Musayyab (Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesungguhnya kau ni sakit. Dia menjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak pergi juga . At least jika aku tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.

Berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat!
Dan apa neraca infiru kita??!!
Tanya hati tanya iman, mahukah kita sambut setiap seruan Allah itu???!!
Sahabat-sahabat juga punya limit! Namun aku hairan dengan limit yang mereka beri pada diri mereka! Kerana seolah limit mereka bukanlah limit pada kita. Kerana apa ya mereka boleh begitu?
Kita masih belum push diri kita up to the limit. I’m stating here as a reminder for myself and the rest of you my ikwah wa akhawat, we force ourselves to stay wake up all nights just to finish the essays, coursework etc, tapi apabila kita diperlukan dakwah, simply we say ‘give me a break for a while’.

Atau adakah kita belum memahami yg kita yg sangat-sangat perlukan dakwah ini?
Ingat,, Allah x perlukan kita, kita yg perlukan Allah...

No comments:

Post a Comment