Thursday, March 31, 2011

pesanan ikhlas kepada para mujahid ^_^




Dalam mengomentari berbagai peristiwa yang terjadi pada tahun 270 Hijriyah, Ibnul Jauzi menyebutkan adanya seorang lelaki murtad yang bernama Abdullah bin Abdurrahim. Orang yang sengsara ini merupakan salah seorang mantan mujahid yang pernah berjihad bersama kaum muslimin dalam memerangi bangsa Romawi.

Dalam sebuah peperangan, ketika kaum muslimin sedang mengepung salah satu perkampungan milik Romawi, tiba-tiba pandangan Abdullah bin Abdurrahim tertuju kepada seorang perempuan Romawi yang berada dalam benteng pertahanan mereka. Akhirnya dia sangat bernafsu ingin memilikinya.

Dia lupa, tak seorangpun terjamin untuk tidak su-ul khatimah (akhir hayat yang buruk). Dia lupa bahwa maksiat menjadi duta pada kekufuran dan pandangan haram penghantar kepada zina, sementara wanita tetaplah fitnah terberat bagi kaum Adam. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ.

"Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita." (Muttafaq ‘alaihi)

Selanjutnya dia mengirimkan sepucuk surat cinta kepada perempuan yang telah menambat hatinya. Isi suratnya menanyakan, "bagaimana caranya supaya saya bisa sampai ke pangkuanmu?"

Perempuan itu membalas, "kamu harus masuk agama Nashrani dulu, baru kamu bisa naik menjumpaiku?"

Si murtad itu memenuhi permintaannya. Dia memeluk agama Nashrani dan meninggalkan agamanya, lalu dia naik ke atas bentengnya dan menikahinya.

Kaum muslimin sangat terpukul dengan kejadian tersebut. Mereka sangat terguncang, seakan-akan keadaan berkata, "bagaimana mungkin hati yang sudah memahami Al Qur'an, sekarang menjadi hamba salib dan meningalkan Allah?"

Beberapa waktu kemudian, ketika kaum muslimin melintas di hadapannya ketika dia bersama perempuan kafir pujaannya dalam benteng miliknya, mereka bertanya, "Wahai Ibnu Abdirrahman, apa yang dilakukan oleh AlQur'an, kitabmu?"

"Wahai Ibnu Abdirrahman, apa yang telah dilakukan ilmumu?"

"Wahai Ibnu Abdirrahman, apa yang telah dilakukan shalat, puasa, dan jihadmu?"

Maka dia menjawab, "adapun Al Qur'an, sungguh saya telah dijadikan lupa padanya, dan hanya dua ayat saja yang masih teringat hingga sekarang. Seakan-akan Allah membuat saya tetap mengingat keduanya. Yaitu firman Allah Ta'ala,

رُبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ كَانُوا مُسْلِمِينَ ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

"Orang-orang yang kafir itu sering kali (nanti di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim. Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka)." (QS. Al Hijr: 2-3)

"Orang-orang yang kafir itu sering kali (nanti di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim. . . ." al Ayat

Kemudian dia berkata kepada kaum muslimin, "sesungguhnya saya telah memiliki anak dan harta yang melimpah ruah bersama mereka!"

Maksudnya, dia tidak dapat lagi kembali meninggalkan mereka dan kembali ke pangkuan agama Islam. Aِkhirnya lelaki murtad mantan mujahid itu berada dalam kerugian nyata dan larut dalam kekufuran. Cahaya iman dalam hatinya telah padam, padahal cahaya itu sebelumnya menjadi pelita dalam sanubarinya.

Aِkhirnya lelaki murtad mantan mujahid itu berada dalam kerugian nyata dan larut dalam kekufuran. Cahaya iman dalam hatinya telah padam, padahal cahaya itu sebelumnya menjadi pelita dalam sanubarinya.

Untuk itu janganlah sekali-kali tertipu dengan jihah yang telah kita lakukan. Seharusnya kita senantiasa memanjakan doa,

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ , يَا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamamu. Wahai Dzat yang mengendalikan hati, arahkan hati kami untuk mentaati-Mu."

Wednesday, March 30, 2011

Dia Seorang Lagenda




Umar al-Khattab atau gelarannya al-Farouk, si pemisah antara haq dan batil. Beliau terkenal dengan sifatnya yang berani dan gagah. Semasa peristiwa Hijrah, beliau pergi ke Kaabah dan mengumumkan bahawa beliau akan berhijrah ke Madinah. Selepas tawaf sebanyak 7 kali,beliau berkata : "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah." Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini." Berani bukan? Keseorangan di tengah-tengah kubu kuat Musyrikin Quraisy, dan beliau tahu bahawa, beliau boleh gugur di situ. Jikalaulah ditakdirkan kita berada dalam situasi Umar, adakah kita sanggup ke Bangunan PBB di New York,AS dan mencabar pemimpin dunia agar menghalang kita melaksanakan syariat islam di muka bumi. Beranikah kita?

Berbalik kepada Umar. Beliau juga terkenal dengan ketegasan. Semasa tamat Perang Badar al-Kubra, berlaku permasalahan pembahagian ghanimah dan tawanan perang. Rasulullah SAW berbincang dengan para sahabat. Umar memberi cadangan agar kesemua tawanan perang itu dibunuh dan ini kelihatan bahawa islam itu kejam,lalu Rasulullah SAW menerima cadangan Abu Bakar as-Siddiq, agar melepaskan tawanan. Akan tetapi, siapa menduga hasrat Allah SWT, Dia menerima cadangan Umar al-Khattab dan mengkritik Rasulullah SAW serta Abu Bakar. Rasulullah SAW bersabda,"Sekiranya turun azab Allah SWT, tiada siapa pun terselamat melainkan Abu Hafsun ini" rujuk Rasulullah SAW kepada Umar.


Telah ditakdirkan, Umar al-Khattab menjadi Khulafa' ar-Rasyiddin yang ke-3. Zaman beliau digelar Zaman Keemasan umat islam. Di bawah pemerintahannya, 2 tamadun dunia paling kuat dan lama berjaya ditundukkan yakni Rom Timur dan Parsi. Di zaman beliau juga misi Pembebasan Baitul Maqdis dilaksanakan. Pada hari Pembebasan Baitul Maqdis, Kota Suci bagi 3 buah agama samawi, islam, Kritian dan Yahudi, Panglima perang islam ketika itu, Abu Ubaidah al-Jarrah telah diminta paderi besar Baitul Maqdis agar orang pertama yang memasuki kota suci tersebut adalah seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti dalam ramalan yang dipercayai penduduk Baitul Maqdis. Nyata ciri-ciri tersebut adalah Khalifah Umar al-Khattab bukannya Panglima Abu Ubaidah al-Jarrah.


Selepas menerima utusan dari Baitul Maqdis, Khalifah Umar al-Khattab dan pembantunya bersiap untuk bertolak. Khalifah Umar al-Khattab hanya mempunyai seekor keldai sebagai kenderaan rasmi khalifah. Khalifah Umar al-Khattab mencadangkan agar beliau dan pembantunya bergilir-gilir menunggang keldai tersebut menuju ke Baitul Maqdis! Nah, bayangkan kita bahawa seorang pemimpin agung,si penakluk Rom Timur dan Parsi, seorang pemimpin no.1 negara yang luasnya dari Mesir hingga ke ke perbatasan Benua India Kecil, mempunyai rakyat yang melebihi mana2 negara penduduk padat hari ini, sanggup bergilir-gilir menaiki keldai bahkan sanggup menjadi pemandu kepada pembantunya! Kita cuba bayangkan, Barrack Obama menjadi pemandu kepada pembantunya! kita cari dan bandingkan dengan pemimpin-pemimpin dunia hari ini, pemimpin-pemimpin umat islam hari ini. Ada yang dapat menandingi Khalifah Umar al-Khattab? Yang peribadinya, personalitinya, pemikirannya dan tawaduknya tiada siapa yang yang dapat saingi.

Ketika tiba di Baitul Maqdis, tiba giliran Khalifah Umar al-Khattab untuk menjadi pemandu pembantunya. Semua tentera islam dan rakyat Palestin rata-rata beragama Kristian, terkejut dan tergamam,seorang pemimpin 2/3 dunia bertindak serupa demikian. Bagi penduduk Baitul Maqdis, ramalan tentang seorang lelaki seperti Khalifah Umar al-Khattab, tahulah mereka, hari Baitul Maqdis jatuh telah tiba. Bagi tentera islam, mereka sungguh bertuah berkhidmat di bawah pemimpin yang agung tersebut. Hampir 4 dekad seterusnya Baitul Maqdis dimiliki umat islam sebelum dijajah kembali Tentera Salibi.



Wahai, sahabat sekalian, cuba kita renung, dimanakah Umar al-Khattab yang seterusnya?
Bilakah Pembebasan Baitul Maqdis yang ke-3 bakal berlaku? Tidak mahukah kita bersama-sama menjadi Pembebasan Baitul Maqdis yang seterusnya? Jika tidak mampu menjadi seperti Umar, jadilah seperti tenteranya, yang berkhimat kepada pemimpin agung!

Siapa pengganti beliau..?



Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"

Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda."

Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber selaku seorang raja yang berjiwa besar. Persoalan..siapakah pemimpin hari ini dapat manandingi beliau? Moga-moga kita dipilih Allah sebagai penggantinya.

Saiyidina Hassan Dan Pemuda Badwi



Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.

Pada suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.

Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?." Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi itu terus memaki hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi itu dan berkata: "Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu."

Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali."

RESTART OUR HISTORY!!




Let's us begin our journey with a few questions.
The questions that leads us into the root of all happening in this world nowadays.
But be ready, after knowing the answer, they was the had truth for us to accept.
Just beware.

1.Why would we are created by the Creator?
2.What was our aim that asked by the Creator for us? Do we done the order?
3.Did we believe our Creator? If we believe, why we not did what He asked?
4.If we said that we afraid with God, can we run from Him? Can we hide from Him? Why we not done what He asked for?
5.Last questions, do we know if we done His order, we would get His blessing and reward us His heaven? Do you think this was a myth, a fairytale that told by an idiot? Do you think so?

You would answer all the questions, I know. But can you question yourself everyday,everytime? and what you have done with you answer.
Although your answer or not, these not reduce or increase God's ability or His Kingdom.
Think about it.

Tuesday, March 29, 2011

Bila kita rasa kita telah tidak mampu...fikirkan ini....


Sahabat dan tabiin mengajarkan kepada kita:

Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerita, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (sekarang ibu negara Syria) sedang berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata, "Pakcik tak payahlah ikut, pakcik dah tua." Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata," Wahai anak muda, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat. Jika muda itu ringan maka tua inlah berat!"
Said bin Musayyab (Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesungguhnya kau ni sakit. Dia menjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak pergi juga . At least jika aku tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.

Berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat!
Dan apa neraca infiru kita??!!
Tanya hati tanya iman, mahukah kita sambut setiap seruan Allah itu???!!
Sahabat-sahabat juga punya limit! Namun aku hairan dengan limit yang mereka beri pada diri mereka! Kerana seolah limit mereka bukanlah limit pada kita. Kerana apa ya mereka boleh begitu?
Kita masih belum push diri kita up to the limit. I’m stating here as a reminder for myself and the rest of you my ikwah wa akhawat, we force ourselves to stay wake up all nights just to finish the essays, coursework etc, tapi apabila kita diperlukan dakwah, simply we say ‘give me a break for a while’.

Atau adakah kita belum memahami yg kita yg sangat-sangat perlukan dakwah ini?
Ingat,, Allah x perlukan kita, kita yg perlukan Allah...

salam berpanjangan



Blog ini dituju khas kepada hamba-hamba Allah s.w.t.

Moga kita dicucurkan rahmat Allah s.w.t.
Jzk..